Yayasan Afdlin Shauki
Mission:
Penubuhan YAS telah diluluskan pada 28 Disember 2015 dan diasaskan oleh Tuan Haji Afdlin Shauki Aksan. Tiga pemegang amanah yang dipertanggungjawab untuk YAS ialah Tuan Azrin Ahmad Kadri, Tuan Noradyman Md Sulaiman dan Tuan Aizam Syamsul Aksan.
Kelebihan membantu orang yang memerlukan sewaktu kita sendiri dalam kesusahan:
- Bila kita keluar untuk membantu orang lain, kita akan rasa lebih positif dan kuat kerana walaupun kita tiada apa-apa, kita telah membahagiakan orang yang lebih susah dari kita. Ini akan memberi kita keyakinan untuk menghadapi rintangan yang sedang kita hadapi.
- ’The more you give, the more you get back’. Ini adalah satu konsep dalam Islam dan banyak kepercayaan lain di mana jika kita membantu, kita juga akan di bantu di dunia dan di akhirat. Kita tidak akan rugi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
- Memberi kita harga diri dan perasaan yang kita ini berguna juga dan kehidupan kita bukan sia-sia semata-mata.
Mari kita mula walau sekecil mana sekalipun dengan menyebarkan kepercayaan, kasih sayang dan kedermawanan kepada sesama manusia dan mari kita bina masyarakat yang saling menyayangi dan cakna kepada keperluan sesama kita.
Itulah tujuan utama YAS atau Yayasan Afdlin Shauki di asaskan berdasarkan pengalaman kami merata dunia dan di Malaysia sendiri menyaksikan dan berkerjasama banyak yayasan-yayasan lain yang bekerja keras membantu dari orang gelandangan, ke anak-anak yatim, ke pesakit-pesakit terminal, ke orang kurang upaya dan banyak lagi.